Wednesday, December 29, 2010

melangkah alam baru..

Alhamdulillah aku kini melangkah alam baru...
Aku berjaya melanjutkan pelajaranku ke peringkat lebih tinggi dan aku juga berjaya mencari rumah sewa sendiri...
Selama nie aku hanya bergantung kemudahan kolej...
Kini aku akan berlajar untuk berdikari...

Mulanya aku terfikir...aku tidak pernah hidup berdikari...selama nie aku rasa hidupku senang...semua ibu dan ayah ku berikan kepadaku...apa saja...
Bolehkah aku hidup berdikari??
Aku sendiri tak pasti...

Aku akan cuba untuk hidup berdikari...
Tak sabar rasanya untuk berlajar hidup seorang diri...

Friday, October 29, 2010

Gembira

Semalam merupakan hari yang sangat aku gembira...
Walaupun aku sedih sebab akan pergi jauh dari dia tapi aku gembira semalam..
Aku keluar bersama dia..Luangkan masa bersama dia...
Melihat wajahnya, senyumannya, gaya dia....
Membuatkan hatiku gembira dan bertambah rindu dekat dia...

Hari nie merupakan hari terakhir aku berada dekat dengannya...
Hatiku berat untuk pergi...
Akan tetapi semalam merupakan hari indah bagiku...
Aku tak akan lupakannya...
Dia jalan bersamaku...
makan bersamku...
bercakap bersamaku...

Aku rindukan semua tu....

Wednesday, October 27, 2010

:-p

Tak sabar hati ini menunggu hari esok...
Menyerahkan laporan kepada pensyarah...
dan....berjumpa dengan insan tersayang...sahabat..
Rindu rasanya hati ini ingin melihat wajahnya...
meluangkan masa bersamanya...


Tuesday, October 26, 2010

pintu hati




Semalam hari yang bersejarah bagiku...aku telah luahkan apa yang aku pendam...
Aku boleh menerimanya kembali...
Dia sahabatku dan Insyaallah selamanya menjadi sahabatku...
Dia berada di dalam hatiku....

Sunday, October 24, 2010

mengekalkan pelangi..


Pelangi sesuatu yang indah.. Begitu juga kehidupan dimana aku selalu mengharap ianya indah bak pelangi...Aku juga berharap pelangi kekal sentiasa dimana aku boleh melihatnya sentiasa..
Jika pelangi hilang tiada lah senyuman dibibir ini...

Dalam hidup ini tiada segalanya indah...Begitulah apa yang aku alami sekarang...
Memulakan yang baru dan meninggalkan serta melupakan apa yang berlaku amat susah..
Aku cuba...
Aku cuba untuk mengekalkan apa yang indah yang pernah berlaku antara kami agar dia tak terasa asing denganku...Entah kenapa peristiwa sedih masih lagi berlegar di fikiranku...

Maafkan aku sahabat...
Aku sayang akan kamu....
Berilah aku waktu agar dapat aku memulakan yang baru seperti aku memulakan dulu...
Aku akan cuba yang terbaik agar kau senang bersamaku..

Aku rindu kita yang dulu...
Aku nak kita yang dulu dimana tiada jurang perselisihan antara kita...
Jika dapat aku kekalkan pelangi untukmu,
Percayalah aku akan kekalkannya agar kau akan sentiasa tersenyum...
tapi pelangi akan hilang jika tiada air dan cahaya matahari...
Maaf aku tak dapat kekalkan pelangi untukmu....

Aku akan cuba membina pelangi dalam hidupmu sahabat...
Aku juga akan cuba kekalkan pelangi itu....

Tuesday, October 19, 2010

ungkapan


Jangan ungkap sayang jika hati tak pasti...
Jangan ungkap maaf jika masih lagi ada dendam..
Jangan ungkap rindu jika hati rasa kesunyian..
Ini kerana akan memburukkan lagi keadaan..

Wednesday, October 13, 2010