Wednesday, October 13, 2010

kesediaan dalam kesedihan


Cuba untuk memaafkan orang? aku terus mencuba walaupun ianya susah bagiku..
Adakah aku harus menjadi seperti lalang dimana selalu bersama walaupun bergesel.. Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan...

Aku cuba untuk berbaik dengan dia dan melupakan apa yang telah berlaku antara kami tapi aku sedar keadaan tak seperti dulu dimana aku boleh bergurau, ketawa, berkongsi masalah dan rapat dengan dia.. Adakah kerana hatiku penuh dengan dendam? atau aku belum lagi memaafkannya dengan seikhlas hatiku?
Aku betul-betul keliru.. Mulut ini memaafkannya tapi aku masih lagi ragu dengannya...

Adakalanya, aku tertanya kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku?
Dimana silapku? Apa yang telah aku buat padanya sampai dia sanggup menipu aku bersama orang yang pernah lukakan hatiku...

Wahai insan yang kusayangi,
Beritahulah kepada aku apa kesalahan yang telah aku lakukan sehingga kau sanggup melukakan hatiku ini?
Tidak cukup ke pengorbananku selama ini?
Macam mana lagi harus aku buat agar kau gembira?
Jika jarak kita yang jauh adalah alasanmu, Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat dihati kecil ini...
Sesungguhnya, aku tak berniat untuk berjauhan denganmu...
Kau sentiasa didalam ingatanku...

Siapa aku dihatimu?
Sahabat atau sekadar tempat untuk kau bergelak ketika sedih?
Adakah aku tidak memberi peluang kepadamu?
Sudah dua kali aku memberi peluang kepadamu dan bergunung harapanku kepadamu agar kau tidak mengulangi kesilapan dulu...

Tetapi sahabat......
Ianya berulang kembali... hancur hatiku bila aku mengetahuinya sendiri bukan dari mulutmu...
Kenapa aku? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salahku?
Beri aku masa untuk bangkit dari kesedihan ini dan membalut luka dihatiku ini..

No comments:

Post a Comment