Sunday, August 22, 2010

sahabat dan guru

Aku tertanya-tanya, kenapa susah bagi seorang sahabat menjadi guru kepada sahabatnya sendiri? adakah kerana sahabat tu malas melayan setiap persoalan yang diajukan?
Bukan ke ilmu yang dikongsikan kepada seseorang dan orang itu menggunakannya serta dikongsikan kepada orang lain, orang yang tersebut akan mendapat pahala walaupun orang tersebut telah meninggal dunia...

Tapi kenapa susah bagi sahabat berkongsi ilmu dengan orang lain? Padahal ilmu yang dimilikinya, tidaklah besar berbanding dengan ilmu Allah S.W.T.. Disini ingin ku mengingatkan diriku serta sahabat sekalian bahawa semua benda diatas muka bumi Allah ini adalah pinjaman semata-mata termasuklah ilmu yang kita miliki...

Sedarilah wahai sahabat, Allah S.W.T Maha pemurah kepada sekalian makhluk diatas muka bumi ini tanpa mengira agama..tapi kenapa kita mesti kedekut kepada orang lain? Adakah sebab takut sahabat kita lebih pandai dari kita? Subahanallah.....
Allah memberi setiap manusia diatas muka bumi ini dengan kelebihan yang tersendiri..

Nabi Muhammad S.A.W tidak jemu menjawab setiap pertanyaan yang ditanyakan oleh sahabat-sahabatnya sendiri malah orang kafir walaupun ditanya berulang kali...Kenapa tidak kita mencontohi baginda? Jadilah sahabat serta guru yang pemurah dengan ilmu yang dimiliki...bukan hanya sekadar menjadi sahabat yang bersama ketika senang mahupun susah..



Tuesday, August 17, 2010

Erti sebuah persahabatan..


Miza dan Nina merupakan sahabat karib di salah sebuah universiti..Perkenalan mereka bermula apabila
Miza meminta bantuan daripada Nina untuk membantunya menyiapkan tugasan.. Pada mulanya, Miza agak segan kerana kesemua tugasannya dibuat oleh Nina..
Miza mengucapkan terima kasih dan memberi Nina biskut Teddy sebagai hadiah...Senyuman manis terukir di bibir Nina sambil menjawab sama-sama...Sejak dari itu, Miza dan Nina mulai rapat seperti adik-beradik kembar...

Hari berganti hari dan tahunberganti tahun, akhirnya Miza dan Nina tamat berlajar..Masing-masing berpisah mengikut haluan sendiri...
Di dalam setiap bisikan doa, tidak putus-putus Miza berdoa agar sahabat yang disayanginya sentiasa dilindungi Allah S.W.T..
Walaupun Miza dan Nina tinggal di negeri yang berbeza, mereka masih lagi berkomunikasi melalui telefon..

Pada suatu hari, Allah S.W.T telah menguji persahabatan mereka..Nina mendapat berita yang sahabat yang disayanginya itu jatuh sakit..Miza pengsan di tempat kerja dan dimasukkan ke ICU di salah sebuah hospital... " Degupan jantung Miza lemah..Apa yang saya mampu nasihatkan, puan banyak-banyak berdoa ye..Insyaallah, Allah makbulkan..." Terduduk ibu miza apabila mendengar ulasan doktor tersebut..

Nina bergegas menaiki bas untuk menziarahi Miza di hospital..Didalam bas, air mata Nina tidak henti-henti mengalir apabila memori yang pernah mereka lalui sepanjang mereka di universiti..
" Ya Allah, selamatkan sahabat yang paling aku sayang...panjangkan umurnya ya Rabbi...Aku mohon padamu Ya Allah..Selamatkannya dari sebarang malapetaka..Lindungilah dia Ya Allah...Jangan Kau ambil nyawanya kerana terlalu ramai orang masih memerlukannya...Ambillah nyawaku sebagai penganti...AMIN..."

Tetiba, bas yang dinaiki Nina terlibat dalam kemalangan..Nina tidak dapat diselamatkan dan meninggal ditempat kejadian...Manakala Miza, "Maaf puan, kami dah sehabis usaha menyelamatkan Miza tapi Allah lebih menyayanginya" kata doktor..Ibu miza menangis sambil terduduk "Ya Allah..aku redha atas ketentuanmu"

Miza dan Nina meninggal pada waktu yang sama serta hari yang sama...Mereka tidak sempat berjumpa dan mereka juga tidak sempat berbual...Sepanjang persahabatan mereka, terlalu banyak ujian yang Allah uji...Akan tetapi mereka tidak pernah mengeluh malah mereka tempuhi dengan hati yang tenang..Itu lah ertinya persahabatan..dimana sama-sama mengharungi suka dan duka.....

Monday, August 9, 2010

Aku berharap


Pada zaman dulu kala, ada sebuah perkampungan telah dilanda banjir beserta hujan lebat... Semua penduduk yang tinggal disitu lari meninggalkan kampung tersebut kecuali lelaki ini...
Seorang lelaki yang beriman ini tidak menghiraukan penduduk-penduduk disitu yang mengajaknya untuk tinggalkan kampung itu....
Lelaki tersebut ingin terus duduk di dalam masjid menunggu pertolongan Allah S.W.T kerana dia pasti Allah akan menolongnya....

Selang beberapa minit, datang seseorang dengan perahunya lalu menghampiri lelaki beriman tersebut...Dia bertanya :
" Wahai saudara, mari hamba tumpangkan saudara kerana air sudah mulai naik "

Akan tetapi lelaki beriman tersebut menolak pelawaan lelaki itu dengan menjawab :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lelaki yang membawa perahu tersebut pun berlalu pergi... Setelah beberapa minit, air banjir mulai naik..
Datang pula seorang lagi menaiki perahu dan mempelawa lelaki beriman itu menaiki perahunya... Seperti biasa, lelaki beriman itu menolak pelawaan lelaki tersebut :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lelaki membawa perahu tersebut berlalu pergi... Air banjir masih naik... Datang pula seorang lagi menaiki perahu dan mempelawa lelaki beriman itu menaiki perahunya... Akan tetapi, lelaki beriman itu tetap dengan pendiriannya untuk terus duduk didalam masjid menunggu pertolongan dari Allah S.W.T :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lama kelamaan air banjir tersebut menenggelamkan lelaki beriman itu...
Di alam lain (Alam Kubur), lelaki beriman tersebut mempersoalkan tentang apa yang berlaku di dunia ketika dia mengharap pertolongan dari Allah S.W.T :

" Ya Allah, aku seorang yang sentiasa beriman kepadaMu dan aku percayakanMu Ya Rabbi..Aku menunggu pertolongan dariMu Ya Allah..Mengapa Kau tidak menolongku Ya Allah ? "

Allah S.W.T menjawab persoalan lelaki beriman tersebut :

" Bukankah Aku sudah menolongmu dengan menghantar lelaki yang membawa perahu ?
Akan tetapi kau telah menolak pertolonganKu sebanyak tiga kali "

P/S : Buat diri sendiri serta pembaca.. Percayalah Allah S.W.T tetap menolong hambanya yang benar-benar mengharapkan pertolongan dariNya.. Tidak semestinya Allah S.W.T memberi pertolongan kepada hambanya secara sembunyi (tanpa diketahui kita) tapi Allah S.W.T juga memberi pertolongan dengan mengirimkan hambaNya yang lain untuk membantu kita...


Wednesday, August 4, 2010

Berseorangan..

Rinduku paadaMu Ya Rabbi....
Hanya Kau yang tau....
Kenapa dengan diriku ini Ya Allah?
Kenapa dengan hatiku ini Ya Rahman?
Kenapa dengan jiwaku ini Ya Rahim?

Alllahuakbar.....sungguh aku insan yang lemah Ya Allah...
PadaMu saja aku memohon dan padaMu saja tempat aku mengadu....
Hanya Kau yang mengetahui segala isi hatiku.....

Ya Allah.....
Sungguh aku insan yang hina Ya Allah....
Aku tidak dapat mengawal hatiku ini Ya Allah.....
Kau tunjukkanlah jalan yang benar agar aku sedar dari kegelapan....
Hanya Kau saja tempat aku memohon dan bertawakal...
Amin....

Aku terasa ingin berseorangan...Aku terasa ingin bersama dengan Maha Pencipta seluruh alam ini tanpa ada sesiapa disekelilingku....
Aku jugaa terasa ingin mengadu setiap masalahku kepadaNya kerna aku taau hanya Dia yang mampu menunjukkan ku jalan penyelesaian.....
Aku rindukan tuhan yang Memberikan aku rezeki......
Aku terasa seolah2 aku telah menyakitkan hati seseorang yang bergelar sahabat....
Aku x tau mana silapnya....Mungkin syaitan laknatullah telah menguasai diriku....
Adakah aku patut berdiam dari berbicara atau melafazkan maaf kepadanya....
Pasti sudah muak baginya untuk mendengar perkataan maaf dariku....
Aku berserah padaMu Ya Allah.....