Monday, August 9, 2010

Aku berharap


Pada zaman dulu kala, ada sebuah perkampungan telah dilanda banjir beserta hujan lebat... Semua penduduk yang tinggal disitu lari meninggalkan kampung tersebut kecuali lelaki ini...
Seorang lelaki yang beriman ini tidak menghiraukan penduduk-penduduk disitu yang mengajaknya untuk tinggalkan kampung itu....
Lelaki tersebut ingin terus duduk di dalam masjid menunggu pertolongan Allah S.W.T kerana dia pasti Allah akan menolongnya....

Selang beberapa minit, datang seseorang dengan perahunya lalu menghampiri lelaki beriman tersebut...Dia bertanya :
" Wahai saudara, mari hamba tumpangkan saudara kerana air sudah mulai naik "

Akan tetapi lelaki beriman tersebut menolak pelawaan lelaki itu dengan menjawab :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lelaki yang membawa perahu tersebut pun berlalu pergi... Setelah beberapa minit, air banjir mulai naik..
Datang pula seorang lagi menaiki perahu dan mempelawa lelaki beriman itu menaiki perahunya... Seperti biasa, lelaki beriman itu menolak pelawaan lelaki tersebut :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lelaki membawa perahu tersebut berlalu pergi... Air banjir masih naik... Datang pula seorang lagi menaiki perahu dan mempelawa lelaki beriman itu menaiki perahunya... Akan tetapi, lelaki beriman itu tetap dengan pendiriannya untuk terus duduk didalam masjid menunggu pertolongan dari Allah S.W.T :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lama kelamaan air banjir tersebut menenggelamkan lelaki beriman itu...
Di alam lain (Alam Kubur), lelaki beriman tersebut mempersoalkan tentang apa yang berlaku di dunia ketika dia mengharap pertolongan dari Allah S.W.T :

" Ya Allah, aku seorang yang sentiasa beriman kepadaMu dan aku percayakanMu Ya Rabbi..Aku menunggu pertolongan dariMu Ya Allah..Mengapa Kau tidak menolongku Ya Allah ? "

Allah S.W.T menjawab persoalan lelaki beriman tersebut :

" Bukankah Aku sudah menolongmu dengan menghantar lelaki yang membawa perahu ?
Akan tetapi kau telah menolak pertolonganKu sebanyak tiga kali "

P/S : Buat diri sendiri serta pembaca.. Percayalah Allah S.W.T tetap menolong hambanya yang benar-benar mengharapkan pertolongan dariNya.. Tidak semestinya Allah S.W.T memberi pertolongan kepada hambanya secara sembunyi (tanpa diketahui kita) tapi Allah S.W.T juga memberi pertolongan dengan mengirimkan hambaNya yang lain untuk membantu kita...


No comments:

Post a Comment