
Bukan ke ilmu yang dikongsikan kepada seseorang dan orang itu menggunakannya serta dikongsikan kepada orang lain, orang yang tersebut akan mendapat pahala walaupun orang tersebut telah meninggal dunia...
Tapi kenapa susah bagi sahabat berkongsi ilmu dengan orang lain? Padahal ilmu yang dimilikinya, tidaklah besar berbanding dengan ilmu Allah S.W.T.. Disini ingin ku mengingatkan diriku serta sahabat sekalian bahawa semua benda diatas muka bumi Allah ini adalah pinjaman semata-mata termasuklah ilmu yang kita miliki...
Sedarilah wahai sahabat, Allah S.W.T Maha pemurah kepada sekalian makhluk diatas muka bumi ini tanpa mengira agama..tapi kenapa kita mesti kedekut kepada orang lain? Adakah sebab takut sahabat kita lebih pandai dari kita? Subahanallah.....
Allah memberi setiap manusia diatas muka bumi ini dengan kelebihan yang tersendiri..
Nabi Muhammad S.A.W tidak jemu menjawab setiap pertanyaan yang ditanyakan oleh sahabat-sahabatnya sendiri malah orang kafir walaupun ditanya berulang kali...Kenapa tidak kita mencontohi baginda? Jadilah sahabat serta guru yang pemurah dengan ilmu yang dimiliki...bukan hanya sekadar menjadi sahabat yang bersama ketika senang mahupun susah..
No comments:
Post a Comment