Wednesday, December 29, 2010

melangkah alam baru..

Alhamdulillah aku kini melangkah alam baru...
Aku berjaya melanjutkan pelajaranku ke peringkat lebih tinggi dan aku juga berjaya mencari rumah sewa sendiri...
Selama nie aku hanya bergantung kemudahan kolej...
Kini aku akan berlajar untuk berdikari...

Mulanya aku terfikir...aku tidak pernah hidup berdikari...selama nie aku rasa hidupku senang...semua ibu dan ayah ku berikan kepadaku...apa saja...
Bolehkah aku hidup berdikari??
Aku sendiri tak pasti...

Aku akan cuba untuk hidup berdikari...
Tak sabar rasanya untuk berlajar hidup seorang diri...

Friday, October 29, 2010

Gembira

Semalam merupakan hari yang sangat aku gembira...
Walaupun aku sedih sebab akan pergi jauh dari dia tapi aku gembira semalam..
Aku keluar bersama dia..Luangkan masa bersama dia...
Melihat wajahnya, senyumannya, gaya dia....
Membuatkan hatiku gembira dan bertambah rindu dekat dia...

Hari nie merupakan hari terakhir aku berada dekat dengannya...
Hatiku berat untuk pergi...
Akan tetapi semalam merupakan hari indah bagiku...
Aku tak akan lupakannya...
Dia jalan bersamaku...
makan bersamku...
bercakap bersamaku...

Aku rindukan semua tu....

Wednesday, October 27, 2010

:-p

Tak sabar hati ini menunggu hari esok...
Menyerahkan laporan kepada pensyarah...
dan....berjumpa dengan insan tersayang...sahabat..
Rindu rasanya hati ini ingin melihat wajahnya...
meluangkan masa bersamanya...


Tuesday, October 26, 2010

pintu hati




Semalam hari yang bersejarah bagiku...aku telah luahkan apa yang aku pendam...
Aku boleh menerimanya kembali...
Dia sahabatku dan Insyaallah selamanya menjadi sahabatku...
Dia berada di dalam hatiku....

Sunday, October 24, 2010

mengekalkan pelangi..


Pelangi sesuatu yang indah.. Begitu juga kehidupan dimana aku selalu mengharap ianya indah bak pelangi...Aku juga berharap pelangi kekal sentiasa dimana aku boleh melihatnya sentiasa..
Jika pelangi hilang tiada lah senyuman dibibir ini...

Dalam hidup ini tiada segalanya indah...Begitulah apa yang aku alami sekarang...
Memulakan yang baru dan meninggalkan serta melupakan apa yang berlaku amat susah..
Aku cuba...
Aku cuba untuk mengekalkan apa yang indah yang pernah berlaku antara kami agar dia tak terasa asing denganku...Entah kenapa peristiwa sedih masih lagi berlegar di fikiranku...

Maafkan aku sahabat...
Aku sayang akan kamu....
Berilah aku waktu agar dapat aku memulakan yang baru seperti aku memulakan dulu...
Aku akan cuba yang terbaik agar kau senang bersamaku..

Aku rindu kita yang dulu...
Aku nak kita yang dulu dimana tiada jurang perselisihan antara kita...
Jika dapat aku kekalkan pelangi untukmu,
Percayalah aku akan kekalkannya agar kau akan sentiasa tersenyum...
tapi pelangi akan hilang jika tiada air dan cahaya matahari...
Maaf aku tak dapat kekalkan pelangi untukmu....

Aku akan cuba membina pelangi dalam hidupmu sahabat...
Aku juga akan cuba kekalkan pelangi itu....

Tuesday, October 19, 2010

ungkapan


Jangan ungkap sayang jika hati tak pasti...
Jangan ungkap maaf jika masih lagi ada dendam..
Jangan ungkap rindu jika hati rasa kesunyian..
Ini kerana akan memburukkan lagi keadaan..

Wednesday, October 13, 2010

nothing....



kesediaan dalam kesedihan


Cuba untuk memaafkan orang? aku terus mencuba walaupun ianya susah bagiku..
Adakah aku harus menjadi seperti lalang dimana selalu bersama walaupun bergesel.. Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan...

Aku cuba untuk berbaik dengan dia dan melupakan apa yang telah berlaku antara kami tapi aku sedar keadaan tak seperti dulu dimana aku boleh bergurau, ketawa, berkongsi masalah dan rapat dengan dia.. Adakah kerana hatiku penuh dengan dendam? atau aku belum lagi memaafkannya dengan seikhlas hatiku?
Aku betul-betul keliru.. Mulut ini memaafkannya tapi aku masih lagi ragu dengannya...

Adakalanya, aku tertanya kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku?
Dimana silapku? Apa yang telah aku buat padanya sampai dia sanggup menipu aku bersama orang yang pernah lukakan hatiku...

Wahai insan yang kusayangi,
Beritahulah kepada aku apa kesalahan yang telah aku lakukan sehingga kau sanggup melukakan hatiku ini?
Tidak cukup ke pengorbananku selama ini?
Macam mana lagi harus aku buat agar kau gembira?
Jika jarak kita yang jauh adalah alasanmu, Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat dihati kecil ini...
Sesungguhnya, aku tak berniat untuk berjauhan denganmu...
Kau sentiasa didalam ingatanku...

Siapa aku dihatimu?
Sahabat atau sekadar tempat untuk kau bergelak ketika sedih?
Adakah aku tidak memberi peluang kepadamu?
Sudah dua kali aku memberi peluang kepadamu dan bergunung harapanku kepadamu agar kau tidak mengulangi kesilapan dulu...

Tetapi sahabat......
Ianya berulang kembali... hancur hatiku bila aku mengetahuinya sendiri bukan dari mulutmu...
Kenapa aku? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salahku?
Beri aku masa untuk bangkit dari kesedihan ini dan membalut luka dihatiku ini..

Sunday, October 3, 2010

tangisan dalam senyuman..


No words to say............................

Thursday, September 30, 2010

menangis ?


Menangis ?
Terlalu banyak kali aku menagis
Lemahnya jiwaku ini
Hanya sedikit kesusahan yang melanda
Aku menangis

Menangis ?
Dimana kekuatan hatiku ini
Hanya pandai berbicara sedangkan diri ini terlalu lemah
Wahai insan...
Jangan kau menyalahkan diri tanpa mencari puncanya
Mengapa dan kenapa ini berlaku

Menangis ?
Murahnya air mataku ini
Untuk apa aku terus menagis

Ya Allah.....
Aku insan yang lemah
Kau kuatkan jiwa serta hatiku
Dalam menempuhi segala dugaan kau berikan ini
Sesungguhnya kau Maha Penyayang..

Memori..

Jalan itu....
Suatu dahulu penuh dgn keindahan
Gelak ketawa, suka dan duka bersama sahabat
Kini, ianya tinggal kenangan
Tiada lagi jalan itu di depan mataku

Bangunan itu....
Dimana tempat aku dan sahabatku menuntut ilmu
Berlajar bersama-sama
Penuh suka dan duka ketika berlajar

Tasik itu...
Dimana tempat menambah "ilham"
Walaupun jauh dihujung jalan
Akan tetapi disitulah laluan aku dan sahabatku
ketika kami melaksanakan modul

Dewan itu....
Dimana tempat kami diuji kefahaman
Dimana tempat kami melontarkan segala yang telah kami pelajari
Akan tetapi ianya dah berubah
Menjadi tempat bersejarah bagi pelajar yang telah tamat berlajar

Bilik itu...
Tempat aku dan sahabatku berteduh
sepanjang kami bermusafir untuk menuntut ilmu
Tempat kami mengenali sahabat yang lain
Tempat kami berehat
Kini ianya tidak lagi digunakan

Sayangnya...
Sekarang kami semua terpisah dengan haluan sendiri
Tiada lagi gelak ketawa
Tiada lagi bersua muka
Tiada lagi bersama
Akan tetapi memori sentiasa berleggar di ingatanku

Sunday, August 22, 2010

sahabat dan guru

Aku tertanya-tanya, kenapa susah bagi seorang sahabat menjadi guru kepada sahabatnya sendiri? adakah kerana sahabat tu malas melayan setiap persoalan yang diajukan?
Bukan ke ilmu yang dikongsikan kepada seseorang dan orang itu menggunakannya serta dikongsikan kepada orang lain, orang yang tersebut akan mendapat pahala walaupun orang tersebut telah meninggal dunia...

Tapi kenapa susah bagi sahabat berkongsi ilmu dengan orang lain? Padahal ilmu yang dimilikinya, tidaklah besar berbanding dengan ilmu Allah S.W.T.. Disini ingin ku mengingatkan diriku serta sahabat sekalian bahawa semua benda diatas muka bumi Allah ini adalah pinjaman semata-mata termasuklah ilmu yang kita miliki...

Sedarilah wahai sahabat, Allah S.W.T Maha pemurah kepada sekalian makhluk diatas muka bumi ini tanpa mengira agama..tapi kenapa kita mesti kedekut kepada orang lain? Adakah sebab takut sahabat kita lebih pandai dari kita? Subahanallah.....
Allah memberi setiap manusia diatas muka bumi ini dengan kelebihan yang tersendiri..

Nabi Muhammad S.A.W tidak jemu menjawab setiap pertanyaan yang ditanyakan oleh sahabat-sahabatnya sendiri malah orang kafir walaupun ditanya berulang kali...Kenapa tidak kita mencontohi baginda? Jadilah sahabat serta guru yang pemurah dengan ilmu yang dimiliki...bukan hanya sekadar menjadi sahabat yang bersama ketika senang mahupun susah..



Tuesday, August 17, 2010

Erti sebuah persahabatan..


Miza dan Nina merupakan sahabat karib di salah sebuah universiti..Perkenalan mereka bermula apabila
Miza meminta bantuan daripada Nina untuk membantunya menyiapkan tugasan.. Pada mulanya, Miza agak segan kerana kesemua tugasannya dibuat oleh Nina..
Miza mengucapkan terima kasih dan memberi Nina biskut Teddy sebagai hadiah...Senyuman manis terukir di bibir Nina sambil menjawab sama-sama...Sejak dari itu, Miza dan Nina mulai rapat seperti adik-beradik kembar...

Hari berganti hari dan tahunberganti tahun, akhirnya Miza dan Nina tamat berlajar..Masing-masing berpisah mengikut haluan sendiri...
Di dalam setiap bisikan doa, tidak putus-putus Miza berdoa agar sahabat yang disayanginya sentiasa dilindungi Allah S.W.T..
Walaupun Miza dan Nina tinggal di negeri yang berbeza, mereka masih lagi berkomunikasi melalui telefon..

Pada suatu hari, Allah S.W.T telah menguji persahabatan mereka..Nina mendapat berita yang sahabat yang disayanginya itu jatuh sakit..Miza pengsan di tempat kerja dan dimasukkan ke ICU di salah sebuah hospital... " Degupan jantung Miza lemah..Apa yang saya mampu nasihatkan, puan banyak-banyak berdoa ye..Insyaallah, Allah makbulkan..." Terduduk ibu miza apabila mendengar ulasan doktor tersebut..

Nina bergegas menaiki bas untuk menziarahi Miza di hospital..Didalam bas, air mata Nina tidak henti-henti mengalir apabila memori yang pernah mereka lalui sepanjang mereka di universiti..
" Ya Allah, selamatkan sahabat yang paling aku sayang...panjangkan umurnya ya Rabbi...Aku mohon padamu Ya Allah..Selamatkannya dari sebarang malapetaka..Lindungilah dia Ya Allah...Jangan Kau ambil nyawanya kerana terlalu ramai orang masih memerlukannya...Ambillah nyawaku sebagai penganti...AMIN..."

Tetiba, bas yang dinaiki Nina terlibat dalam kemalangan..Nina tidak dapat diselamatkan dan meninggal ditempat kejadian...Manakala Miza, "Maaf puan, kami dah sehabis usaha menyelamatkan Miza tapi Allah lebih menyayanginya" kata doktor..Ibu miza menangis sambil terduduk "Ya Allah..aku redha atas ketentuanmu"

Miza dan Nina meninggal pada waktu yang sama serta hari yang sama...Mereka tidak sempat berjumpa dan mereka juga tidak sempat berbual...Sepanjang persahabatan mereka, terlalu banyak ujian yang Allah uji...Akan tetapi mereka tidak pernah mengeluh malah mereka tempuhi dengan hati yang tenang..Itu lah ertinya persahabatan..dimana sama-sama mengharungi suka dan duka.....

Monday, August 9, 2010

Aku berharap


Pada zaman dulu kala, ada sebuah perkampungan telah dilanda banjir beserta hujan lebat... Semua penduduk yang tinggal disitu lari meninggalkan kampung tersebut kecuali lelaki ini...
Seorang lelaki yang beriman ini tidak menghiraukan penduduk-penduduk disitu yang mengajaknya untuk tinggalkan kampung itu....
Lelaki tersebut ingin terus duduk di dalam masjid menunggu pertolongan Allah S.W.T kerana dia pasti Allah akan menolongnya....

Selang beberapa minit, datang seseorang dengan perahunya lalu menghampiri lelaki beriman tersebut...Dia bertanya :
" Wahai saudara, mari hamba tumpangkan saudara kerana air sudah mulai naik "

Akan tetapi lelaki beriman tersebut menolak pelawaan lelaki itu dengan menjawab :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lelaki yang membawa perahu tersebut pun berlalu pergi... Setelah beberapa minit, air banjir mulai naik..
Datang pula seorang lagi menaiki perahu dan mempelawa lelaki beriman itu menaiki perahunya... Seperti biasa, lelaki beriman itu menolak pelawaan lelaki tersebut :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lelaki membawa perahu tersebut berlalu pergi... Air banjir masih naik... Datang pula seorang lagi menaiki perahu dan mempelawa lelaki beriman itu menaiki perahunya... Akan tetapi, lelaki beriman itu tetap dengan pendiriannya untuk terus duduk didalam masjid menunggu pertolongan dari Allah S.W.T :

" Tidak mengapa.. aku ingin duduk di dalam masjid ini untuk menunggu pertolongan dari Allah S.W.T kerana aku percaya Allah S.W.T pasti menolongku"

Lama kelamaan air banjir tersebut menenggelamkan lelaki beriman itu...
Di alam lain (Alam Kubur), lelaki beriman tersebut mempersoalkan tentang apa yang berlaku di dunia ketika dia mengharap pertolongan dari Allah S.W.T :

" Ya Allah, aku seorang yang sentiasa beriman kepadaMu dan aku percayakanMu Ya Rabbi..Aku menunggu pertolongan dariMu Ya Allah..Mengapa Kau tidak menolongku Ya Allah ? "

Allah S.W.T menjawab persoalan lelaki beriman tersebut :

" Bukankah Aku sudah menolongmu dengan menghantar lelaki yang membawa perahu ?
Akan tetapi kau telah menolak pertolonganKu sebanyak tiga kali "

P/S : Buat diri sendiri serta pembaca.. Percayalah Allah S.W.T tetap menolong hambanya yang benar-benar mengharapkan pertolongan dariNya.. Tidak semestinya Allah S.W.T memberi pertolongan kepada hambanya secara sembunyi (tanpa diketahui kita) tapi Allah S.W.T juga memberi pertolongan dengan mengirimkan hambaNya yang lain untuk membantu kita...


Wednesday, August 4, 2010

Berseorangan..

Rinduku paadaMu Ya Rabbi....
Hanya Kau yang tau....
Kenapa dengan diriku ini Ya Allah?
Kenapa dengan hatiku ini Ya Rahman?
Kenapa dengan jiwaku ini Ya Rahim?

Alllahuakbar.....sungguh aku insan yang lemah Ya Allah...
PadaMu saja aku memohon dan padaMu saja tempat aku mengadu....
Hanya Kau yang mengetahui segala isi hatiku.....

Ya Allah.....
Sungguh aku insan yang hina Ya Allah....
Aku tidak dapat mengawal hatiku ini Ya Allah.....
Kau tunjukkanlah jalan yang benar agar aku sedar dari kegelapan....
Hanya Kau saja tempat aku memohon dan bertawakal...
Amin....

Aku terasa ingin berseorangan...Aku terasa ingin bersama dengan Maha Pencipta seluruh alam ini tanpa ada sesiapa disekelilingku....
Aku jugaa terasa ingin mengadu setiap masalahku kepadaNya kerna aku taau hanya Dia yang mampu menunjukkan ku jalan penyelesaian.....
Aku rindukan tuhan yang Memberikan aku rezeki......
Aku terasa seolah2 aku telah menyakitkan hati seseorang yang bergelar sahabat....
Aku x tau mana silapnya....Mungkin syaitan laknatullah telah menguasai diriku....
Adakah aku patut berdiam dari berbicara atau melafazkan maaf kepadanya....
Pasti sudah muak baginya untuk mendengar perkataan maaf dariku....
Aku berserah padaMu Ya Allah.....

Tuesday, July 20, 2010

nape dengan manusia???

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu


Kenapa dengan manusia?? aku sendiri pun x tau...Aku pun manusia tp entah la...

Aku x tau la apa jadi dgn hati aku nie...sahabat karibku pun dah mula menyapah dengan

sikapku yang hanya memendam...Bukan aku nak ingat kembali apa yang berlaku kat aku yang lepas tapi ianya

amat memberi kesan kepada hidupku...aku try untuk keluarkan ia dari fikiranku tapi aku x mampu....

Disebabkan kisah lepas, hubunganku dengan manusia-manusia lain jadi rengang dan terbatas...Aku tau dlm

persahabatan ada onak duri tapi aku insan biasa dan x mampu untuk lari dari kesalahan yang pernah aku lakukan dulu...

Bila fikir balik, kenapa aku yang harus dipersalahkan sedang kan x kan terjadi sesuatu kesalahan besar kalau x disebabkan ada orang lain disebaliknya...

Adakala aku menitiskan air mata bila terkenang kembali...KENAPA AKU????

Kenapa x orang lain yg terlibat sekali??? Adakah ini ujian dari Allah???

Memang aku x nak ingat apa yg telah berlaku kepada ku yg lepas tp aku x mampu....Ia dtg sendiri...

Jika sahabatku ingin membenciku, katakan lah kepadaku...Aku terima dengan hati terbuka....

Jangan la membenciku di dalam diam...







Sunday, July 11, 2010

: (


Hari sabtu lepass, aku mengajak sahabat karibku keluar tapi dia refuse...katanya, dia x der duit..
aku kata kat dia yang aku belanja dia tapi dia tetap x nak keluar denganku..
aku kecewa sgt dan sedih bila dengar dia cakap macam 2...
Aku bukan saje-saje nak ajak dia keluar tapi aku nak sangat jumpa dia...
Dah lama aku x jumpa dia...Kebetulan, adik aku ajak kawan ddia keluar sekali so, aku x der
kawan nk jalan sebab adik aku jalan dengan kawan dia....aku terlalu sedih sampai aku x nak
contact dia...tapi aku x sampai hati so, aku reply mesej dia..

aaku balik pukul 7 malam..Time 2 aku x tau macam mana nak balik...so, aku call dia tapi
aku terus marah-marah dia tanpa dengar apa yang dia nak cakap...Time 2 aku x tau apa
perasaan aku..yang aku tau, aku sedih disebabkan dia...
Dia call aku tapi aku x jawab...Dia sent mesej kat aku tapi aku x reply...
Aku x tau apa jadi kat aku...tapi yang aku dapat rasakan, hati aku sampai sekarang still sedih..
Sekarang dah hari isnin..Aku dengan dia still dingin..

Aku x layak jadi kawan dia...Dia banyak tolong aku tapi aku tau nak dia buat apa aku suruh..
Aku x nak dia sedih or kecewa dapat kawan macam aku nie...
Better aku berdiam diri dari terus berkata-kata...lagi memburukkan keadaan..
Aku dah minta maaf kat dia...Hopefully kawan dia "yanti" dapat buat dia happy...
Pape pun...." maafkan saya ye "

Thursday, July 8, 2010

keje..



Lama dah aku x buka blog...hem..penat sgt kot.... Sejak dh mula praktikal nie, byk dh berubah..
aku rindu suasana kat u...penuh dgn gelak ketawa dan ada kelonggaran tuk berehat...
Bila keje, br aku tau betapa penatnya ayah aku berkerja...

kejeku senang je.. Duduk wat system syarikat tapi ianya jd susah bila system tue x jadi...
hem... Orang-orang di tempat kejeku semua baik-baik dan caring...Aku suka keje kat situ..
Agak penat gak keje kat situ...Kalau keje, mata nie x lari dari tgk jam...terdetik
dlm hati... "Bila la nk pukul 5.30 nie?"

Ada kalanya aku teringat kat sahabatku tapi aku takut tuk telifon dia...
Bukan apa, aku takut panggilanku ini panggilaan yg akan merubahkan mood dia..
Biar la rinduku ini dikirimkan oleh Allah...

Sudah lama gak aku meninggalkan dunia kepimpinanku... Dulu sikit punya busy smpai tido pon
x cukup..Sekarang, terlebih tido...Duduk kat dalam office je...Tak berjalan sangat
sebab keje yg aku wat hanya lah menghadap lap top je...
Aduh...sungguh membosankan.. tambahan pula aku yg muda kat situ...
Nak borak-borak, x tau nk bual topik apa...so, better diam je..



Friday, May 28, 2010

gembira..



hari nie aku gembira sgt sebab semalam aku dpt penjelasan dari sahabat rapatku tentang kerja barunya.. walaupun pada mulanya dulu aku x setuju dia bekerja x tetap..
Kini setelah dia terangkan kapadaku, baru aku faham ..
Sukar untuk aku terima yg dia x nak kerja tetap..kami gaduh teruk semalam..
kali pertama aku gaduh teruk dengannya disebabkan kedegilan masing2...
hari nie aku terima dgn hati terbuka..itu yang dia inginkan..
Untuk jaga persahabatan kami, aku lebih rela mengalah dari kami bermasam muka..
mungkin dia x faham kenapa aku menyuruhnya bekerja tetap..
dia hanya nampak aku sekadar memaksanya..
Aku x nak dia susah 1 hari nanti...apakan daya, dia tetap dgn pendirian dia..
aku sebagai sahabat dia, harus terima dia seadanya...

Tuesday, May 25, 2010

sedih atau marah..



Entah nape aku rasa sedih hari ini...kadang2 aku rasa marah..tapi siapa lah aku ada perasaan marah..hanya kerana tidak sehaluan dgn sahabat rapat..
adakah aku yg keterlaluan atau dia yg x memahami ?
aku buat nie semua sebab aku sayang dia..aku nak sangat dia sambung berlajar bersamaku tapi dia x nak sebab dia kata dia x mampu..
aku faham jadi aku sarankan dia untuk bekerja tetap agar kukuh kewangan dia tapi dia x nak...
aku sedih sangat tapi x tau nape...
aku x tau nak cakap apa kat dia..orang yang rapat dgnku..orang yang tolongku ketika aku perlukan kawan..
mungkin dia x suka aku campur tangan hal dia..entah la...
x der kata dapat aku luahkan.. kami jadi rengang disebabkan hal nie..
hanya kerana berlajar dan bekerja..
adakah aku yang bersalah ? aku sendiri x tau..
bila ingat balik perkara yang pernah berlaku dalam persahabatan kami, aku lebih banyak memaksa dia dari aku menerima..kali nie aku x paksa dia tapi hanya 2 je yang mampu aku tolong...entah la...
aku sedih sangat............

Tuesday, May 18, 2010

kesabaran...



entah mcm mana nk citer...hem..aku sayang sahabatku..
susah bgku nk marah kat sahabatku tp the problem is sahabatku seorang nie x fhm aku..
aku duduk kat rumah bukan goyang kaki semata2 tp aku tolong ibuku buat keje rumah..
akan tetapi, sahabatku x fhm keadaanku.. mcm mana lg cara untuk aku terangkan kpd nyer sedangkan sebelum nie aku sudah pun memberitahunye..
hem..bkn nk mengata tp cara dia, tutur kata nyer, tingkah laku nyer..buat aku menangis..
ye..apa saja perkara berkaitan dengan hatiku, aku mudah tersentuh hati..
wahai sahabat, mengertilah akan perasaanku ini..
bukan sengaja aku melewatkan urusanmu tapi terlalu banyak perlu aku selesaikan..
bukan sengaja aku menyakiti hatimu tetapi syaitan telah menguasaiku ...
maafkan lah aku...
adakala nyer, kau harus pertimbangkan apa yang kau ungkapkan..
adakala nyer, kau harus bersikap terbuka dan jauh tentang setiap yang berlaku..
x tahu nak bgtau mcm mana kat dia bg dia berubah..kadang2 baginya, ungkapan 2 adalah
biasa padahal, ianya amat menguris hati bagi sesiapa yang mendengarnya..
berubah sebelum ianya terlambat dan lebih ramai lagi yang akan terluka...

Saturday, May 15, 2010

Antara Islam dan Sahabat..



Sahabat diibaratkn sebagai gunting.. akan tetapi, sahabat tidak 'berkarat'.. gunting akan dibuang jika rosak tetapi sahabat, tersemat di hati...
Antara agama dan sahabat...
yang mana lebih penting????
Sudah semestinya, agama....
Islam x rugi tanpa kita tapi kita akan rugi tanpa Islam...
begitulah sahabat... kita kemungkinan akan kehilangan sahabat apabila kite mempertahankan Islam...
kehilangan sahabat dapat diubati dgn kegemilangan Islam...
kehilangan Islam, hidup akan selamanye gelap bagai semut hitam berjalan di dahan pada waktu malam..

tanpa sahabat, sukar untuk kite memperjuangkan islam...

Sunday, May 9, 2010

sahabat setia


aku rindu sahabatku..
sahabat yg paling aku syg..
dia sentiasa brada disisiku dlm sng mahupun susah..
apa sj mslhku, bile aku bercerita dgnnye, sikit pun dia x mgeluh..
susah nk jmpa sahabat mcm dia..
kini...
dia jauh dariku..
adakala nyer aku buat ssuatu benda, aku teringat dia..byk perkara yg kami buat bersama..
bermain, berlajar, makan...
ada gak perkara br yg dia ajarku..menjadi seorang yg lemah-lembut..
bila kenang balik, rasa kelakar lak..org yg kasar mcm dia leh ajar aku jd lemah-lembut..
lagi pelik..
org kasar mcm dia leh jd lembut hati..
2 gunanye sahabat..
saling melengkapi...
cuaca x sentiasa cerah..adakalanye mendung dan adakalanye hujan..
begitu juga ukhwah antara aku dgn dia..
aku rindu dia..
dia la... SITI HAMIDAH ARIB

Saturday, April 24, 2010

sahabat baru..


Alhamdulillah aku dipertemukan seorang sahabat yg dulu namanye disebut2 oleh sahabatku..
Aku ingin sgt melihat dan mengenalinya..
Kini aku x percaya yg aku dah pun bersahabat dgnnye..Aku gembira mempunyai sahabat sepertinya..namanye sesuai dengan perwatakannye..
sepanjang aku bersahabat dgnnye..aku melihat dia diuji dgn ujian ukhwah..
dan inilah kali pertama aku melihat betapa peritnye dia dlm menyelesaikan masalah 2..
Maaf sahabat..
even aku pernah laluinye tp aku x mampu tuk menolognye..
Kini br dpt kulihat senyuman diwajahnye walaupun byk perkara dia sembunyikan..
Bukan aku nk sibuk tentang perkara yg dia sembunyikan, aku pun sama.. sembunyikan byk perkara darinye..
Entah la.. adakalanye, aku ingin bercakap dgnnye tp hatiku x mengizinkan..
Allah Maha Mengetahui..
mungkin terlalu byk masalh yg dia alami..
Pape pun, aku gembira dpt berkwn dgnnye...


Allah..

Bila aku gembira, aku selalu berbicara dgnNya..
Bila aku sedih, aku akan tetap berbicara dgnNya..
Satu hari aku tersentak apabila...
Dia menunjukkan kpdku bukti setiap kata2 yg aku luahkan...
ya Allah...
Kini baruku sedar bhwa Dia merakam setiap kata2ku..
Sesungguhnya Dia lebih mengenaliku..
Yg mampu aku lakukan sekarang hnyalah..
terus berbicara denganNya..
Sesungguhnya...
Dia lah tmpt aku bergantung hrpn..
Kini aku rs dkt dgnNya..
Hanya air mata yg mampu kuterjemahkan kpdNya..
Tiada kata2 yg dpt aku luahkan..
aku tidak sekuat manusia lain utk mengharungi cabaranNya..
aku x nak perkara dulu berulang kembali..
ya Allah..
perkara dulu ckup mengajarku erti kesabaran..
aku benar2 berharap kemanisan dariMu..
walupun aku tau dugaan 2 mampu aku harungi..
hanya padaMu tmpt kubergantung hrpn..


Sunday, April 18, 2010

fatimah sahabat yg setia...

fatimah...
sahabat sejati...
1st time knal dia...rs pelik tgk penampilan dia..
bkn 2 sahaja tp cara dia yg sempoi...
fatimah...
bila knal ati dia and mula rpt dgn dia...
rs hepi sgt..
dia seorg yg berjiwa kental..
tp sensitive...
fatimah..
fatimah...
nama yg cukup indah bgku sbg sahabatnya...

Tuesday, April 13, 2010

terasa..

Setiap persahabatan mesti ada onak dan duri..
begitu juga aku..
ntah nape..ada je manusia2 yg x suka kat persahabat aku dgn dia..
aku pun x fhm..
kdg2..aku rs down n nk stop dr berkwn dgn org tp dia beri smgt kat aku
agar teruskn persahabat ini....
nk kt aku wat jht kat manusia2 2,x lak..pelik btul..
klau bul aku wat jht, tegur la aku dgn cr yg baik... aku leh trima..
hem..

Rindu sahabat

aku x tau nape sejak2 akhir2 nie, aku rindukan sahabatku..
aku gi blik diaorg tp....hampa...
bkn aku nk gnggu diaorg tp aku ingin ziarah diaorg..
maybe diaorg x sedar..
hem....
sometimes i feel like i'm 2 annoying 4 them..
maybe aku juz kwn biasa bg diaorg...
bg aku, aku aggp diaorg " SAHABAT"
perlu ke aku berterus terg dgn diaorg??
Aku pun x tau...
hanya Allah saje tmpt aku mengadu...
Semoga 1 ari mereka terbuka pintu ati n aggp aku sbgai sahabat mereka...

Monday, April 5, 2010

Sahabat yang selalu teman time sedih dengan sahabat yang lain..
seorang sahabat yang baik...
sahabat yang selalu teman time study...

kegembiraan


sometimes...
kita kena bersyukur krn mempunyai sahabat
yg dpt mengurangkan kresahan di hati kita...
even dia x dpt membantu kita...
serupa la dgn
sahabat aku...
even dia x byk membantu tapi bile
tengok muka dia and senyuman dia...
sejuk ati aku...
maklum la...sahabat yg leh bgelar "adik"
kdg2, cara dia wat aku tersenyum sendirian..
byk benda yg aku pnjm dr dia and dia x pnh ckp "NO "
dia dan kwn2 dia pndai wat aku tersenyum..
maklum la...
semuanye bdk ladang...
^_^

friendship

Friendship is something to hold on to
But for me that's not the case
Cause I don't feel I need to keep
Something that can't be erased

I am sure of what I have
Cause with you I have no doubt
For what we've built, can't ever fail
It's what I care about

I find it hard to describe
This thing that we share
Especially when there's nothing else
That ever could compare

Others always know
That together we will be
For there can never be another
"Tani and Kerrie"

Those two words, known all over
Might as well be one
Cause without a Kerrie, there is no Tani
I'm sorry, it just can't be done

For you're the "U", and I'm the "S"
And forever that will be
Cause together we make "US", and so
YOU COMPLETE ME!!